Pada Jumaat yang lepas, pejabat saya tel…

Pada Jumaat yang lepas, pejabat saya telah menganjurkan satu sesi pertemuan bersama pihak SWCorp dan Alam Flora.

Diharapkan pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan usahasama antara semua untuk menjadikan Bentong sebagai daerah yang menuju ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).

Turut hadir ADUN Ketari YB Young Syefura dan ADUN Bilut YB Lee Chin Chen.



Source

Sabtu lepas di Mempaga, Bentong….

Sabtu lepas di Mempaga, Bentong.

#BSH

Kaunter Bergerak BSHR bersama Pegawai LHDN sedang berjalan di D’ Mart Mempaga 2.

Ahli Parlimen Wong Tack 黄德 turut bersama hari ini.

Jalan-jalan ke Pasar Malam tu, jemput singgah.






[vid_url]

Source

Sejak Rabu lepas (20 Feb), pejabat saya bersama-sama dengan …

Sejak Rabu lepas (20 Feb), pejabat saya bersama-sama dengan Pejabat ADUN Bilut dan Ketari telah mengadakan kaunter khidmat bergerak untuk membantu warga Bentong yang berkelayakan untuk mendaftar dan kemaskini maklumat untuk program Bantuan Sara Hidup (BSH).

BSH adalah satu program Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang berkeperluan dan mengutamakan keluarga untuk meringankan beban kos sara hidup, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kepada rakyat.

Setakat ini, kaunter kami telah ‘bergerak’ ke Kemansur, Chamang, Desa Damai, Sg.Penjuring, Bilut, Telemong dan Pasar Besar Bentong dan Pelangai. Jadual untuk hari ini dan esok adalah :

25 Feb :
8:00 pagi – Pasar Perting
10:30 pagi -Ketari
2:00 ptg – Sg Dua
5:00 ptg – Bukit Tinggi

26 Feb :
2.30 ptg Kg Repas

Sila bawa sekali telefon bimbit dan dokumen-dokumen berikut mengikut kategori:

Berkhawin:
– sijil perkhawinan
– sijil kelahiran anak-anak
– no akaun bank
– salinan ic pasangan suami/isteri

Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda & mempunyai anak
– sijil kematian suami/isteri
– sijil kelahiran anak
– nombor akaun bank

Warga Emas Sebatang Kara:
– no IC

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 09-221 1813 atau 09-222 0822.

#Bentong







[vid_url]

Source

Menghadiri ceramah kelompok pada hari sabtu lepas di Kampung…


Menghadiri ceramah kelompok pada hari sabtu lepas di Kampung Bukit Gajah, Pelangai bersama Adun Bilut Chow Yu Hui dan bakal calon Dun Pelangai Cikgu Nab. Ceramah ini diadakan oleh PPBM yang baru menubuhkan cawangan di sana, sambutan agak menggalakkan.

Kami juga mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli dari parti komponen Pakatan Harapan untuk merancangkan aktiviti semasa kempen PRU yang akan datang.







Source

“Dalam ucapan Lim Kit Siang Sabtu lepas …


“Dalam ucapan Lim Kit Siang Sabtu lepas di Kota Kinabalu, beliau telah mengimbas kembali perasaannya ketika peristiwa 13 Mei. Pada ketika itu beliau berada di Sabah. Ramai yang telah memujuk beliau agar jangan pulang ke KL. Namun, Kit Siang memutuskan bahawa, sebagai seorang pemimpin, beliau mesti berada bersama-sama rakan2 seperjuangan dan rakyat jelata di saat2 yang begitu genting dan hadapi segala akibatnya. Kit Siang ditahan sebaik sahaja beliau mendarat di lapangan terbang Subang. Dan dengan riak wajah penuh kesedihan, beliau mengatakan bahawa beliau memang faham perasaan Dato Seri Anwar pada ketika sebelum berlepas pulang ke tanahair dari luar negara minggu lepas.

Gerakan Hijau sememangnya selama ini memperjuangkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama. Dan pada hari ini, kami ingin menyeru kesemua rakyat Malaysia untuk bersolidariti bersama Dato Seri Anwar Ibrahim. Bersama-sama kita tegakkan keadilan di negara ini.” – Wong Tack.

“In his speech in Kota Kinabalu last Saturday, Lim Kit Siang recounted how he felt during May 13th. At that time he was in Sabah and was persuaded by everyone not to go back. But he decided that, in times of trouble, as a leader, he must stand together with the people and face whatever consequences. Kit Siang was arrested the moment he stepped off the plane at Subang Airport. And then with great sadness, he said that he truly understands how Dato Seri Anwar must have felt when he was to return home from Europe last week. He too has decided that as a leader, he will not walk away.

The green movement has always champion for a fair and just society. And today, we call upon all to stand in solidarity with Dato Seri Anwar Ibrahim. Together we must ensure justice is upheld.” – Wong Tack




Source