Sejak Rabu lepas (20 Feb), pejabat saya bersama-sama dengan …

Sejak Rabu lepas (20 Feb), pejabat saya bersama-sama dengan Pejabat ADUN Bilut dan Ketari telah mengadakan kaunter khidmat bergerak untuk membantu warga Bentong yang berkelayakan untuk mendaftar dan kemaskini maklumat untuk program Bantuan Sara Hidup (BSH).

BSH adalah satu program Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang berkeperluan dan mengutamakan keluarga untuk meringankan beban kos sara hidup, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kepada rakyat.

Setakat ini, kaunter kami telah ‘bergerak’ ke Kemansur, Chamang, Desa Damai, Sg.Penjuring, Bilut, Telemong dan Pasar Besar Bentong dan Pelangai. Jadual untuk hari ini dan esok adalah :

25 Feb :
8:00 pagi – Pasar Perting
10:30 pagi -Ketari
2:00 ptg – Sg Dua
5:00 ptg – Bukit Tinggi

26 Feb :
2.30 ptg Kg Repas

Sila bawa sekali telefon bimbit dan dokumen-dokumen berikut mengikut kategori:

Berkhawin:
– sijil perkhawinan
– sijil kelahiran anak-anak
– no akaun bank
– salinan ic pasangan suami/isteri

Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda & mempunyai anak
– sijil kematian suami/isteri
– sijil kelahiran anak
– nombor akaun bank

Warga Emas Sebatang Kara:
– no IC

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 09-221 1813 atau 09-222 0822.

#Bentong







[vid_url]

Source