Sejak Rabu lepas (20 Feb), pejabat saya bersama-sama dengan …

Sejak Rabu lepas (20 Feb), pejabat saya bersama-sama dengan Pejabat ADUN Bilut dan Ketari telah mengadakan kaunter khidmat bergerak untuk membantu warga Bentong yang berkelayakan untuk mendaftar dan kemaskini maklumat untuk program Bantuan Sara Hidup (BSH).

BSH adalah satu program Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang berkeperluan dan mengutamakan keluarga untuk meringankan beban kos sara hidup, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kepada rakyat.

Setakat ini, kaunter kami telah ‘bergerak’ ke Kemansur, Chamang, Desa Damai, Sg.Penjuring, Bilut, Telemong dan Pasar Besar Bentong dan Pelangai. Jadual untuk hari ini dan esok adalah :

25 Feb :
8:00 pagi – Pasar Perting
10:30 pagi -Ketari
2:00 ptg – Sg Dua
5:00 ptg – Bukit Tinggi

26 Feb :
2.30 ptg Kg Repas

Sila bawa sekali telefon bimbit dan dokumen-dokumen berikut mengikut kategori:

Berkhawin:
– sijil perkhawinan
– sijil kelahiran anak-anak
– no akaun bank
– salinan ic pasangan suami/isteri

Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda & mempunyai anak
– sijil kematian suami/isteri
– sijil kelahiran anak
– nombor akaun bank

Warga Emas Sebatang Kara:
– no IC

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 09-221 1813 atau 09-222 0822.

#Bentong







[vid_url]

Source

Sebelum PRU14, saya telah semak dengan P…

Sebelum PRU14, saya telah semak dengan Pejabat Daerah Bentong dan mendapati bahawa 35 lesen lombong pasir telah dikeluarkan. Oleh kerana penguatkuasaan yang lemah, kebanyakan sungai di Bentong telah tercemar.

Sesetengah sungai-sungai ini membekalkan air minuman kepada komuniti tempatan. Selama ini, kami telah banyak mengadu kepada pihak berkuasa tetapi tidak ada penyelesaian.

Oleh itu, saya amat terharu bahawa dengan penukaran kuasa, perubahan boleh berlaku dengan begitu cepat. Dalam masa 3 minggu sahaja selepas ‘turun padang’ bersama Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Tengku Zulpuri dan memberikan amaran tegas kepada seorang pengusaha lombong pasir, sungai 'teh tarik' sebelum ini telah menjadi jernih semula.

Marilah kita mengambil berat isu-isu alam sekitar dengan serius. Berilah peluang kepada alam sekitar untuk pulih semula.

———————————————————
Before GE14, I checked with the District Officer’s office and found out that 35 sand mining licenses have been issued in Bentong. And due to the glaring lack of enforcement that means almost every river in Bentong has been disturbed and polluted. Some of these rivers supply drinking water to the local community. For years, we have fought but complaints after complaints to the relevant authorities have fallen on deaf ears.

But I’m amazed with what a change of government can do. Merely 3 weeks after a site visit with YB Tengku Zulpuri, the Deputy Minister of Water, Land & Natural Resources, which resulted with a stern warning to a sand mining operator, a “teh tarik” river can turn crystal clear.

Let’s take environmental issues seriously.
Give a chance for nature to recover.

https://youtu.be/ZiC02NXra9s




[vid_url]

Source

Bertemu dengan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng di Putrajay…


Bertemu dengan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng di Putrajaya hari ini. Melihat keadaan beliau, saya dapat bayangkan betapa beliau bertungkus lumus dengan keringat beliau memberikan segala yang termampu demi malaysia kita yang tercinta. Dedikasi dan pengorbanan beliau benar-benar menyentuh hati dan menjadi sumber inspirasi. Saya menggalakkan rakyat malaysia dari seluruh pelusuk negara untuk maju ke hadapan dan turut menyumbang dalam usaha untuk membina semula negara kita

Met the Finance Minister, YB Lim Guan Eng in Putrajaya today. Looking at him, I can tell he has gone into an overdrive and given his all for our beloved Malaysia. Truly inspired and touched by his dedication and sacrifice.
I urge Malaysians from across the country to come forward to contribute in this task of rebuilding our nation.

– Wong Tack 黄德


Source

Kementerian Pengangkutan batal kontrak RM800,000 dengan Pemandu | The Malaysian Insight


[admin] KEMENTERIAN Pengangkutan menamatkan kontrak bernilai RM800,000 untuk Pemandu Associates menulis di ruangan mingguan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris arus perdana.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kontrak yang ditandatangani oleh bekas menteri, Liow Tiong Lai itu adalah untuk Pemandu menyampaikan “program komunikasi menteri” selama tujuh bulan bermula Januari tahun ini.

Kementerian Pengangkutan batal kontrak RM800,000 dengan Pemandu | The Malaysian Insight

KEMENTERIAN Pengangkutan menamatkan kontrak bernilai RM800,000 untuk Pemandu Associates menulis di ruangan mingguan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris arus perdana. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kontrak yang ditandatangani oleh bekas…

Source

Melawat JKM Bentong dan berbincang dengan pengarah berhubung…


Melawat JKM Bentong dan berbincang dengan pengarah berhubung cara untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran Kg Repas. 昨天与政贤和菈菈到文冬福利局与其总监讨论如何协助力巴士火灾的灾民。





昨天到文冬福利局和局长利娅那开会商讨力巴士大火灾事宜。

他向我们汇报已经将日用品及援助金发放给灾民,并将会持续关注灾民的情况。

我们也将在网络筹款运动截止后与福利局合作安排分配所筹获的款项。

感谢福利局在发生火灾后迅速的展开救灾工作,协助灾民度过难关。

Source

Photos from Lee Chin Chen’s postBerkenaan dengan satu postin…


Photos from Lee Chin Chen’s post










Berkenaan dengan satu posting Facebook mengenai aduan terhadap jalan-jalan yang rosak sekitar Bentong dan Ketari, saya ingin menjelaskan beberapa perkara.

Saya telah membut aduan dan laporan kepada pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) mengenai kerosakkan jalan-jalan ini sepanjang 5 tahun ini. Aduan dilakukan kepada pihak MPB dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong melalui surat rasmi dan mesej WhatsApp. Antara aduan dan laporan telah dikemukan seperti yang tertera dalam gambar-gambar di bawah. Sebenarnya jumlah aduan dan laporan adalah lebih dari ini tapi tidak dapat dikongsikan semuanya di sini.

Ingin dijelaskan bahawa kerja-kerja penyelengaraan jalan ini sebenarnya memang adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan dan JKR.

Sebagai ADUN yang berstatus pembangkang di negeri Pahang, saya hanya boleh membuat aduan dan memberi tekanan supaya mereka yang bertanggungjawab menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya.Ini telah saya lakukan dengan sehabis baik.

Wakil-wakil rakyat dan penduduk yang berstatus Kerajaan termasuklah Ahli Parlimen Bentong, Dato’ Seri Liow Tiong Lai, menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob dan Ahli Majlis yang dilantik oleh Barisan Nasional seharusnya memainkan peranan mereka di dalam kerajaan dengan lebih efektif demi kebajikan rakyat dan penduduk Bentong.

Terima kasih kepada pihak yang membangkitkan isu ini untuk perhatian ramai. Terima kasih juga kepada pihak MPB dan JKR kerana telah membaiki jalan-jalan yang rosak seperti yang dilaporkan.

P/s : Surat yang dalam FB tu hanya surat kepada JKR sahaja, tidak termasuk surat aduan kepada MPB, kerana surat terlalu banyak. Jika sesiapa yang minat baca surat tersebut boleh datang pejabat DAP Bentong bila bila masa sahaja.

Source

Santuni warga Felda Sg Kemahal petang tadi….Kebetulan bertemu dengan Zamri, ra…


Santuni warga Felda Sg Kemahal petang tadi….Kebetulan bertemu dengan Zamri, rakan seperjuangan saya dari dulu sampai hari ini. Walaupun beliau sudah tidak berkecimpung dalam arena politik, namun ia bukan sebab tidak peduli. Perjuangan tetap simpan di hati. Bila masa sampai kita tentu satu hati.

Met my comrade Zamri during my walkabout in Felda Sg Kemahal this afternoon. Although he’s no longer active in politics, but that doesn’t mean he doesn’t care anymore. The struggle for change is still close at heart. When the time comes, we will unite.

– Wong Tack.




Source

Bersama dengan pimpinan DAP Bentong, say…


Bersama dengan pimpinan DAP Bentong, saya telah mengedarkan kalendar tahun 2018 kepada warga Bentong. Dalam sesi pagi ini, ramai yang bertanyakan tarikh PRU ke-14 dan saya telah menjawab dalam masa 100 hari ini akan berlangsungnya PRU yang akan menyaksikan kejatuhan rejim UMNO BN.

Namun pembangkang tidak pernah menawan Parlimen Bentong selama ini dan kami sedar bahawa perjuangan menawan Bentong tidaklah mudah. Oleh it, sama ada DAP dapat menawan Bentong untuk menyumbang kepada Pakatan Harapan dalam usaha mara ke Putrajaya adalah bergantung kepada semua rakyat Bentong.

Pimpinan DAP Bentong perlukan sebanyak mungkin sukarelawan untuk perjuangan penting ini. Sila FB PM saya melalui m.me/wongtack.green sekiranya anda berminat untuk menyumbang. Ayuh berjuang bersama demi tanah air kita dan hentikan pemerintahan perompak UMNO BN!

#UbahSekarang
#DAPHarapanBentong















Source