Golongan yang telah berkhidmat untuk mas…

Golongan yang telah berkhidmat untuk masyarakat tidak akan dilupakan. “No one left behind”.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, pejabat saya telah menyediakan 70 “food pack” untuk semua warga Alam Flora Bentong sebagai penghargaan atas sumbangan mereka kepada masyarakat.

Sumbangan ini telah di sampaikan bersama-sama dengan ADUN Ketari YB Young Syefura dan ADUN Bilut YB Lee sehari sebelum raya.





Source

Telah dijemput oleh Tuan Haji Sulaiman, …

Telah dijemput oleh Tuan Haji Sulaiman, SU Koperasi FELDA Mempaga Satu untuk bersama-sama menjayakan program jualan buah-buahan tempatan secara pandu lalu (drive through) bertempat di Stesen Minyak Petron FELDA Jaya Mempaga semalam.

Usaha ini dijana oleh Unit Buah-Buahan Koperasi FELDA Mempaga Satu bagi memasarkan buah-buahan dengan harga yang lebih murah memandangkan sektor pertanian terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

Saya memuji usaha pihak pengurusan Koperasi FELDA Mempaga Satu kerana menjalankan inisiatif seperti ini yang dapat membantu pekebun kecil menjual hasil tanaman mereka. Langkah seperti ini harus dicontohi oleh semua pihak.

Syabas diucapkan kepada semua warga Koperasi FELDA Mempaga Satu atas program ini. Kepada penduduk FELDA Jaya Mempaga dan sekitar, marilah bersama-sama memberi sokongan dengan membeli buah-buahan yang disediakan.

#Kitajagakita
#Bentong





Source

Kelmarin saya telah ke Hospital Bentong …

Kelmarin saya telah ke Hospital Bentong untuk melawat para pesakit.Sesetengah pesakit amat terharu dengan lawatan tersebut.

Terima kasih kepada para doctor, jururawat dan kesemua kakitangan hospital atas dedikasi dan kesabaran mereka pada para pesakit dalam jagaan mereka. Anda HEBAT!

Semoga sembuh segera. Saya akan menziarahi lagi.
—————————————————
Visited the Bentong hospital yesterday just to give some kasih sayang to the sick.
Some of the patients were so touched by the visit, tears welled up in their eyes. This is the power of love which does not cost one anything to give. Thank you to the doctors, nurses and all the hospital staffs for their devotion and patience to the patients in their care. You are awesome!

Wish all a speedy recovery. I will be back.











[vid_url]

Source

Sebelum PRU14, saya telah semak dengan P…

Sebelum PRU14, saya telah semak dengan Pejabat Daerah Bentong dan mendapati bahawa 35 lesen lombong pasir telah dikeluarkan. Oleh kerana penguatkuasaan yang lemah, kebanyakan sungai di Bentong telah tercemar.

Sesetengah sungai-sungai ini membekalkan air minuman kepada komuniti tempatan. Selama ini, kami telah banyak mengadu kepada pihak berkuasa tetapi tidak ada penyelesaian.

Oleh itu, saya amat terharu bahawa dengan penukaran kuasa, perubahan boleh berlaku dengan begitu cepat. Dalam masa 3 minggu sahaja selepas ‘turun padang’ bersama Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Tengku Zulpuri dan memberikan amaran tegas kepada seorang pengusaha lombong pasir, sungai 'teh tarik' sebelum ini telah menjadi jernih semula.

Marilah kita mengambil berat isu-isu alam sekitar dengan serius. Berilah peluang kepada alam sekitar untuk pulih semula.

———————————————————
Before GE14, I checked with the District Officer’s office and found out that 35 sand mining licenses have been issued in Bentong. And due to the glaring lack of enforcement that means almost every river in Bentong has been disturbed and polluted. Some of these rivers supply drinking water to the local community. For years, we have fought but complaints after complaints to the relevant authorities have fallen on deaf ears.

But I’m amazed with what a change of government can do. Merely 3 weeks after a site visit with YB Tengku Zulpuri, the Deputy Minister of Water, Land & Natural Resources, which resulted with a stern warning to a sand mining operator, a “teh tarik” river can turn crystal clear.

Let’s take environmental issues seriously.
Give a chance for nature to recover.

https://youtu.be/ZiC02NXra9s




[vid_url]

Source

[admin] Pada minggu yang leaps, Wong Tack telah menghadiri r…


[admin] Pada minggu yang leaps, Wong Tack telah menghadiri rumah terbuka anjuran PKR Pelangai bersama Pengerusi DAP Pahang, Saudara Leong Ngah Ngah, ADUN KETARI YB Young Syefura, serta kepimpinan Pakatan Harapan Bentong.

黄德早前与彭亨州行动党主席及文冬吉打里区州议员菈菈,一同出席 Pelangai 公正党邀约的开斋活动。











Source

[admin]Keputusan RASMI! Wong Tack telah menang dalam PRU 14…


[admin]Keputusan RASMI! Wong Tack telah menang dalam PRU 14 ini menewaskan Dato Liow Tiong Lai dengan majoriti undi 2032! Ini semua adalah mustahil tanpa sokongan fan kerja keras anda semua! Syabas!

官方成绩出炉了! 黄德以2032张多数击败了拿督廖中莱,成为文冬的国会议员!
感谢大家不懈的努力和无私的付出,你们的支持成就了这一切!了不起!!!







Source

Wong Tack telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan….


Wong Tack telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan. Menurut polis, Pemuda MCA telah membuat laporan polis mengenai insiden kad identiti Lau Hoi Keong lantaran terdapatnya individu yang menjerit nama “Liow Tiong Lai” ketika tercetusnya insiden tersebut.

Berdasarkan polis, Wong Tack telah disiasat di bawah Akta AntiBerita Tidak Benar 2018. Adakah disebabkan Wong Tack merupakan pihak lawan Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan mengakibatkannya disiasat di bawah Akta tersebut yang baru diluluskan sebulan yang lalu?

Penyokong Wong Tack turut bertanyakan sama ada Wong Tack perlu mengaturkan pilihan raya kecil meskipun belum memenangi PRU kali ini ?

Sebelum ini, Wong Tack telah menyatakan pandangannya terhadap insiden kad identiti Lau Hoi Keong. Malangnya beliau tetap kena menghabiskan masanya di balai polis dalam kempen PRU ini walaupun sibuk berkempen.

Bukan sahaja harus menghabiskan masa dalam isu sedemikian, malah pasukan Wong Tack turut perlu memberikan penjelasan berkenaan dengan berita palsu dalam Whatsapp serta menyangkal taktik pemburukan oleh sepanduk pihak lawan.

Dalam sidang media hari ini, Wong Tack yang baru melancarkan 10 Teras Utama Pakatan Harapan Bentong telah mencabar kelima-lima calon BN kawasan Bentong untuk berdebat tentang dasar dan perancangan negara yang penting. Namun sekiranya terdapatnya pihak yang sengaja menghebahkan perkara remeh sedemikian dan menyebabkan rakyat kehilangan fokus dalam isu dasar negara, hal ini menunjukkan bahawa sebenaranya BN adalah ketiadaan keyakinan dalam aspek pentadbiran negara.

Apabila Pakatan Harapan Bentong berusaha untuk menghapuskan tol Lebuhraya Karak, Liow Tiong Lai pula bersetuju dengan pembentangan Akta AntiBerita Tidak Benar serta persempadanan semula yang tidak adil. Kes Wong Tack yang disiasat di bawah Akta tersebut telah membuktikan bahawa Akta sebegini adalah bertujuan untuk melenyapkan suara bantahan rakyat dan maka tentangan rakyat terhadap undang-undang ini adalah wajar dan dijustifikasikan.

Bersama dengan rakan seperjuangan gerakan hijau, Wong Tack telah keluar masuk mahkamah berbilang kali lantaran kes anti-Lynas dan beliau tidak pernahnya berundur. Oleh itu, kes penyiasatan kini tentunya tidak akan melemahkan semangat beliau.

Makin menghampiri hari pengundian, maka BN semakinlah gentar dan pelbagai taktik helah tentu akan digunakan. Oleh itu, Wong Tack menyeru rakyat tidak tunduk kepada kuasa jahat dan Pakatan Harapan akan berjuang bersama dengan rakyat dalam lima hari terakhir ini untuk menubuhkan kerajaan Pakatan baru.


Source

Photo Album Ceramah Perdana Bina Harapan yang telah diadakan…


Photo Album Ceramah Perdana Bina Harapan yang telah diadakan di depan Restaurant Taman Desa Damai pada 22 April 2018 .

文冬民主行动党 4月 22 日于安乐园茶室前的告别黑暗拥抱希望街头政治讲座照片集。

截至现在,我们在文冬各地举办的所有大大小小街头讲座都获得文冬朋友们的热烈支持!黄德的使命艰巨,但从各族群众对我们的热情回响来看,我们深信,文冬的群众已经准备好,在这届大选掀起文冬海啸!

我们相信,行动党能够赢下文冬国席,贡献一个宝贵的议席给希望联盟,让我们凑够112个议席入主布城,改朝换代,开创新天。

#改变要成功希望在文冬













Source