Saya menyaksikan sendiri betapa kecewa dan marahnya mereka. Genap tiga bulan la…

Saya menyaksikan sendiri betapa kecewa dan marahnya mereka.

Genap tiga bulan lalu, rumah mereka dilanda banjir terbesar dalam sejarah.

Ramai yang baru saja memulakan kehidupan baru dengan membaik pulih rumah mereka. Ada yang melakukan pengubahsuaian, ada yang baru membeli perabot dan barangan elektrik baru.

Semua ini sekali lagi musnah semasa banjir kali kedua ini.

Rumah mereka kembali diliputi lumpur tebal.

Mereka bertanya sama ada kerajaan sudah tidak peduli terhadap mereka.

Mereka turut bertanya berapa kali lagi mereka perlu mengalami penderitaan seperti ini sebelum kerajaan mengambil tindakan.

Mereka mahu kerajaan mengambil tindakan pemulihan dengan kadar segera.





Source

Thank you Democratic Action Party ! Happy birthday to our MP for Bentong, Wong …

Thank you Democratic Action Party !

Happy birthday to our MP for Bentong, Wong Tack 黄德! 🥳🎉🎈 From Lynas to logging, Wong Tack is best known for being a highly outspoken and fearless activist. As the founder of environmental group Himpunan Hijau, he has long opposed Lynas’ activities in Malaysia since 2011 🙅🏻‍♂️❌ In fact, his passion for environmental protection & sustainable development were the catalyst for his entrance into politics 🔥🚀 Most recently, he was one of the most proactive MPs in aiding with flood relief efforts when Pahang was badly hit last December 💪🏻

Source

KENAPA PEMBINAAN JALAN PINTAS BOLEH DILULUSKAN DI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL KLAU/…

KENAPA PEMBINAAN JALAN PINTAS BOLEH DILULUSKAN DI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL KLAU/RAKA?

1. Saya telah mengemukakan soalan secara lisan kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli di Dewan Rakyat, berkenaan bagaimana satu jalan pintas boleh diluluskan di dalam Hutan Simpan Kekal Klau/Raka, Bentong, Pahang. Jawapan yang diterima pada 3 Mac 2022 ialah :

i) Jalan hutan itu adalah jalan sedia ada semenjak 1970-an;

ii) Permit jalan diberikan untuk menggunakan ‘jalan sedia ada’ ini untuk mengeluarkan saki baki kayu balak dari kawasan hutan Tanah Kerajaan yang bersebelahan; dan

iii) Permit jalan untuk menggunakan ‘jalan sedia ada’ ini diberi bagi mengelakkan pembukaan kawasan hutan lain untuk membina jalan hutan baru.

2. Saya berpendapat jawapan yang diberi adalah mengelirukan dan manipulatif.

i) Jalan yang dikatakan ‘jalan sedia ada’ adalah laluan kecil yang dibina pada tahun 1970-an. Sepanjang lima puluh tahun lalu, pokok hutan telah tumbuh semula dan pulih, dengan kayu bersaiz baik. Namun, kini jalan yang diluluskan telah dijentolak seperti lebuh raya sepanjang kira-kira 7 kilometer.

ii) Pada masa ini, hutan yang sihat sedang ditebang. Semestinya bukan “saki baki kayu balak”.

iii) Ini adalah kenyataan karut. Kawasan hutan Tanah Kerajaan yang dibersihkan/dibalak terletak betul-betul di sebelah kawasan perumahan dengan jalan masuk sedia ada kurang daripada 100 meter dari jalan utama. Tidak ada sebab untuk membenarkan jalan sepanjang 7 kilometer seperti lebuh raya dijentolak melalui cerun curam hutan simpan kekal.

3. Kerajaan negeri Pahang mesti menjelaskan mengapa projek perumahan PR1MA boleh diluluskan di kawasan sensitif alam sekitar bercerun curam? Mengapakah pembersihan kawasan hutan Tanah Kerajaan ini dibenarkan sedangkan kita tahu apa-apa hakisan dan aliran lumpur akan masuk ke perbandaran yang terletak begitu hampir? Rakyat ingin tahu bila kelulusan diberikan, dan tunjukkan kepada kami semua dokumen kelulusan dan beritahu kami setakat mana peringkat projek ini.

WONG TACK




Source

为文冬国会选区受水灾影响的28名女性小商贩,总共提供28,000令吉现金援助。 自文冬大水灾发生以来,Soroptimist International Be…

为文冬国会选区受水灾影响的28名女性小商贩,总共提供28,000令吉现金援助。

自文冬大水灾发生以来,Soroptimist International Bentong即一直与我的办公室密切合作,不遗余力地帮助有需要的人士。他们展开募捐,好为我们的赈灾厨房购置各种必需品,从而给灾民准备熟食;此外,他们还向捐助了我们的食品银行,并报效了学生开课的购物代金券。

为配合昨天的国际妇女节,该机构在其新任主席 Kelly Chai的带领下,决定帮助受水灾影响的女性小商贩,故此,文冬国会选区的28名女性小商贩每人获得1000令吉的现金援助,捐款共计28,000令吉。

非常感谢你们的热心,为人们的生活带来希望。
———-
BANTUAN RM1000 UNTUK 28 PENIAGA KECIL WANITA MANGSA BANJIR DI BENTONG.

Sejak tragedi banjir melanda, Soroptimist International Bentong berganding bahu dengan pejabat saya membantu mangsa banjir. Selain mengumpul dana bagi membeli bekalan dapur komuniti yang kami tubuhkan untuk menyediakan makanan bagi mangsa banjir, mereka turut menyumbang kepada food bank dan baucar kembali ke sekolah.

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia semalam, diketuai presiden yang baru dilantik, Kelly Chai, mereka telah menghulurkan bantuan kepada peniaga kecil wanita yang terkesan akibat banjir. Bantuan wang tunai RM1,000 setiap seorang diserahkan kepada 28 penerima dalam kawasan Parlimen Bentong.

Terima kasih kerana memberi harapan kepada hidup mereka.




Source