河流是生命之源 结合世界河流日,让我们来用一些时间来反思河流作为生命之源的重要性。 为了维持生命,地球上的每个人每天至少需要20至50公升的水。联合国大会已…

河流是生命之源

结合世界河流日,让我们来用一些时间来反思河流作为生命之源的重要性。

为了维持生命,地球上的每个人每天至少需要20至50公升的水。联合国大会已经确认“安全和清洁饮用水和卫生设施的权利是一项人权,对充分享受生活和所有人权至关重要”。

然而,尽管马来西亚是一个热带雨林及拥有地球上降雨量最多的国家;但缺乏了实现这一项基本人权的能力。

到底是什么问题呢?

虽然我们拥有150多条河流系统,总共长达38,000公里,但是要确保河流不受污染是我们目前面临的最大挑战。这些河流的管辖权存在着差异和不连贯性,在缺乏明确的法律和指南的情况下,各个不同的政府机构经常在管辖权方面发生冲突。因此,河流的水质继续受损。

文冬区以众多的河流,起伏的丘陵和瀑布而闻名。由于它靠近巴生谷,因此正在快速发展。该地区还通过其位于加叻 的Kelau水坝和其他的主要河流向人群密集的区域提供饮用水。彭亨州-雪兰莪州原水输送系统和设施于2015年建成,该设施每天将向雪兰莪州的Langat 2滤水站抽水约200万升。

根据彭亨州宪法,河流由州政府控制。鉴于彭亨河和文冬河的重要性,彭亨州政府应认真考虑设立一个机构或河道管理委员会以确保对该州水资源进行有效,全面的管理。该机构可以效仿于1999年根据国家法规成立的Lembaga Urus Air Selangor(雪兰莪水务管理委员会)或LUAS。该机构已获得法律地位和权限,可以管理,执行和监督河流和雪兰莪州的集水区,包括河岸,所有地表水,湖泊和池塘(包括矿山)。

随着彭亨州水务管理委员会的成立,该机构不仅可以停止目前的河流污染问题,而且可以制定政策以防止未来的污染。该委员会也将向地方议会提供指南,以在允许的开发区,即靠近河岸及其支流的邻近地区,在各自的地方计划中实施。预防胜于治疗。

水务管理委员会应该为属下的监督和执法单位设定KPI,依据水的品质在特定的期限内达到保护和改善水质的具体目标。

只有采取具体行动,我们的河流才有机会恢复原来的模样。彭亨州有能力并可效仿其他州保护水源。是时候采取行动了!



Source

SUNGAI NADI KEHIDUPAN Sempena Hari Sungai Sedunia, ini masanya bagi kita semua…

<>
SUNGAI NADI KEHIDUPAN

Sempena Hari Sungai Sedunia, ini masanya bagi kita semua memikirkan betapa pentingnya sungai sebagai nadi atau sumber kehidupan.

Setiap orang di bumi ini memerlukan akses minimum 20 hingga 50 liter air setiap hari untuk hidup. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf “akses mendapat air yang bersih dan selamat serta sanitasi sebagai hak asasi manusia yang penting untuk kenikmatan hidup serta semua hak asasi manusia”.

Walau bagaimanapun, Malaysia masih ketinggalan dalam memenuhi keperluan hak asasi manusia ini, walaupun merupakan antara salah sebuah negara tropika yang menikmati
taburan hujan yang paling tinggi di dunia ini.

Apakah punca masalah ini?

Walaupun kita mempunyai lebih daripada 150 sistem sungai yang mengalir sepanjang 38,000 kilometer, kita juga menghadapi cabaran berterusan bagi memastikan sungai tidak tercemar. Terdapat pelbagai kekurangan dalam bidang kuasa penguatkuasaan ke atas sungai. Dengan tidak adanya undang-undang yang jelas dan garis panduan yang tetap, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan sering kali bertindih dalam bidang kuasa yang diberikan. Kesannya, kualiti air di sungai terus merosot.

Di daerah Bentong, yang terkenal dengan banyaknya sungai, bukit-bukau dan air terjun, mengalami perkembangan pesat kerana jaraknya yang begitu dekat dengan kawasan Lembah Klang. Daerah ini juga membekalkan air minum kepada penduduk yang padat melalui kawasan sungai dan tadahan utama di Empangan Klau, Karak. Ini adalah kilang Pemindahan
Air Mentah Pahang-Selangor yang siap pada tahun 2015. Loji ini akan mengepam kira-kira dua juta liter air tawar setiap hari ke projek Langat 2 di Selangor.

Di bawah perlembagaan negeri Pahang, sungai berada di bawah kawalan pihak berkuasa negeri. Demi kepentingan sungai-sungai di Pahang dan Bentong, kerajaan Negeri Pahang harus mempertimbangkan secara serius untuk menubuhkan agensi atau lembaga sungai untuk memastikan pengurusan sumber air yang berkesan dan holistik di negeri ini. Agensi ini boleh menjadikan Lembaga Urus Air Selangor (Lembaga Pengurusan Air Selangor) atau LUAS yang dibentuk berdasarkan Enakmen negeri pada tahun 1999 sebagai model rujukan. Agensi ini telah diberi kuasa sah dibawah peruntukan undang-undang untuk mengurus, menguatkuasa dan memantau sungai dan kawasan tadahan air Negeri Selangor, yang merangkumi tebing sungai, semua permukaan air, tasik dan kolam (termasuk lombong).

Dengan terbentuknya Lembaga Pengurusan Air Pahang, agensi ini bukan hanya dapat menghentikan kegiatan pencemaran sungai, tetapi juga merumuskan pelbagai dasar untuk
mencegah pencemaran di masa hadapan. Garis panduan akan diberikan kepada majlis-majlis daerah untuk melaksanakan perencanaan tempatan masing-masing di zon pembangunan yang dibenarkan dengan mengambil kira jarak kawasan pembangunan ke tebing dan anak sungai. Pencegahan ternyata lebih baik daripada mengubati.

Agensi pemantauan dan penguatkuasaan di bawah Lembaga Pengelolaan Air juga harus diberikan target KPI berdasarkan kualiti air, dengan sasaran pencapaian spesifik dalam aspek pemeliharaan dan penambahbaikan dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan. Hanya dengan tindakan konkrit seperti ini, sungai kita berpeluang kembali ke tahap kualiti yang baik seperti sedia kala.

Negeri Pahang mempunyai kemampuan dan teladan untuk diikuti. Sekarang adalah masa untuk mengambil tindakan.

——

RIVERS ARE SOURCES OF LIFE

In conjunction with the World Rivers Day, it is good that we take some time to reflect on the importance of rivers as sources of life.

Each person on this planet needs access to a minimum of 20 to 50 litres of water daily to sustain life. The United Nations General Assembly has recognised “the right to safe and clean drinking water and sanitation as a human right that is essential for the full enjoyment of life and all human rights”.

However, Malaysia lacks behind the fulfillment of this basic human right, despite being a tropical nation enjoying some of the heaviest rainfall on earth.

What is the problem?

Though we have more than 150 river systems that flow more than 38,000 km, we have constant challenges to ensuring rivers are not polluted. There are discrepancies and disconnects in jurisdictional enforcement over the rivers. In the absence of clarity in laws and guidelines, different government agencies often clash over jurisdictions. Consequently, the quality of waters in the rivers continue to suffer.

The district of Bentong, which is fame for the multitudes of rivers, rolling hills and waterfalls, is undergoing rapid development due to its proximity to Klang Valley. This district also supplies drinking water to the heavy populace through its major river and water catchment areas in Kelau Dam, Karak. This is Pahang-Selangor Raw Water Transfer plant that was completed in 2015. This plant will pump approximately 2million litres of fresh water per day to Langat 2 project in Selangor.

Under the state of Pahang constitution, rivers are under the control of the state authority. In light of the importance of Pahang and Bentong rivers, the Pahang state government should seriously consider setting up an agency or river board to ensure effective and holistic management of water resources in the state. This agency can model after Lembaga Urus Air Selangor (Selangor Water Management Board) or LUAS that was formed based on state Enactment in 1999. This agency has been given the legal position and authority for it to manage, enforce and monitor over the rivers and water catchment areas of the state of Selangor, which include river banks, all surface waters, lakes and ponds (including mines).

With the formation of Pahang Water Management Board, this agency not only can stop present river pollution activities, but to formulate policies to prevent future pollution. Guidelines will be given to local councils to implement in their respective local plans in the permissible development zones viz-a-viz proximity to river banks and its tributaries. Prevention is always better than cure.

Monitoring and enforcement agencies under the Water Management Board should also be given KPI targets based on water quality, with specific goals of preservation and improvement over targeted periods.

Only with concrete action can our rivers have a chance of regaining the freshness they once had. The State of Pahang has the capacity and example to follow. Now it is time to take action.



Source

直到今天,我们的国家有许多决策者仍然无视气候变化的这一个关键问题。 那些和我同年龄的人绝对可以见证过去几十年来天气的变化。 风暴变得更加严重。 但是,我们仍然…

直到今天,我们的国家有许多决策者仍然无视气候变化的这一个关键问题。

那些和我同年龄的人绝对可以见证过去几十年来天气的变化。 风暴变得更加严重。 但是,我们仍然照常生活,没有采取任何认真的措施或战略来应对未来的挑战。

缺乏紧迫性和不愿在气候变化问题上采取严肃行动的做法,将给人民带来极大的痛苦。

上周,我选区的一个村庄,Kg. Sertik被暴风雨袭击。 许多家庭的屋顶被吹毁,同时屋里的电线和电器也损坏。

我拜访了受影响的家庭,以确保他们安然无事,并希望在如此艰难的时刻也能为他们带来笑容。

我还给了他们一小笔捐款,并指示我的办事处通知县长办事处,已进行下一步的援助。









Source

Sehingga ke hari ini, kebanyakan pemimpin di negara kita terus mengabaikan isu …

<>
Sehingga ke hari ini, kebanyakan pemimpin di negara kita terus mengabaikan isu kritikal berkenaan perubahan iklim.

Saya yakin mereka yang berada dalam lingkungan usia saya pasti telah menyaksikan bagaimana corak cuaca telah berubah sejak beberapa dekad yang lalu. Ribut menjadi lebih kerap dan teruk. Namun kita tetap menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa mengambil langkah atau strategi serius bagi menangani cabaran yang mendatang.

Kurangnya desakan dan keengganan untuk mengambil tindakan serius terhadap isu perubahan iklim akan membawa kepada penderitaan yang sangat besar kepada masyarakat.

Minggu lalu, Kampung Sertik, sebuah kampung di kawasan saya dilanda ribut. Banyak bumbung rumah diterbangkan angin kuat dan sistem pendawaian dan perkakas elektrik rosak akibat disambar petir.

Saya mengunjungi keluarga yang terjejas untuk memastikan mereka dalam keadaan baik dan mudah-mudahan juga dapat memberikan senyuman pada wajah mereka pada masa-masa sukar.

Saya juga memberi sedikit sumbangan kepada mereka dan meminta pejabat saya untuk memaklumkan kepada Pegawai Daerah untuk bantuan dan tindakan selanjutnya.

——

Until today, many decision makers of our nation have continued to ignore the critical issue of climate change.

Those at my age can definitely witness the changes in weather patterns over the past decades. Storms have become so much more severe. Yet we still go on our business as usual without any serious measure or strategy to address the challenges ahead.

The lack of urgency and unwillingness to take serious action on the issue of climate change will cause immense suffering to the people.

Last week, Kg. Sertik, a village in my constituency was hit by a storm. Many houses had their roofs blown off and electrical wiring system as well as appliances damaged.

I visited the affected families, to make sure they are alright and hopefully to also bring a smile to their faces during such difficult times.

I also gave them a small contribution and instructed my office to inform the District Officer for further assistance.







Source

[Please scroll down for English version] Saya dijemput untuk menyaksikan majlis…

[Please scroll down for English version]

Saya dijemput untuk menyaksikan majlis pelantikan ahli jawatankuasa eksekutif Bentong Hakka Association yang baru kali ke-50 pada hari Ahad yang lalu.

Dalam ucapan saya, saya menasihati kepada para pemimpin bahawa selain berkhidmat untuk kumpulan mereka atau orang di sekeliling mereka semata-mata, mereka juga harus menjangkau untuk melayani masyarakat secara lebih meluas.

Tanggungjawab sebagai pemimpin tidak terhad kepada melindungi kesejahteraan rakyat generasi sekarang, tetapi yang lebih penting kita harus memastikan bahawa generasi mendatang dapat terus menjalani kehidupan yang berkualiti. Kita harus lebih berwawasan dan memberi perhatian yang lebih kepada isu yang mempengaruhi kesejahteraan anak-anak di masa depan.

Pada era ini, isu alam sekitar adalah perkara yang sangat kritikal.

Saya memetik contoh yang mana kira-kira dua minggu lalu, ribut besar berlaku di hulu Sungai Perting. Ini menyebabkan tanah runtuh dan akibatnya Loji Rawatan Air Bentong Fasa 2, yang membekalkan air minum kepada 50,000 penduduk, terpaksa ditutup sementara selama 24 jam.

Saya meminta mereka membayangkan akibat terhadap bekalan sumber air minuman kita hari ini jika kita membiarkan orang tamak dan ego menebang hutan di hulu Sg Perting.

Saya juga memberitahu mereka bahawa satu lagi loji rawatan air di Sungai Gapoi yang membekalkan air minum kepada lebih daripada 50,000 penduduk juga terancam yang mana ribuan ekar hutan sedang ditebang ketika ini.

Pada masa sama, saya turut menerima berita bahawa ada industri berat yang mencemar alam sekitar ingin bertapak di Bentong.

Semua ini akan menjejaskan potensi Bentong untuk maju ke arah pembangunan yang mampan.

Sebagai pemimpin, kita mesti melihat lebih jauh dan bukan sekadar keuntungan jangka pendek.

Kita harus memikul tanggungjawab untuk membina Bentong sebagai tempat di mana anak-anak kita dapat pulang untuk tinggal dan bekerja dan mempunyai kualiti hidup yang terbaik.

———-
I was invited to witness the 50th installation of the Bentong Hakka Association’s new executive committee last Sunday.

In my speech, I pointed out to the leaders that besides wholeheartedly serving their own clan or circle, they must also reach out to serve the society at large.

The responsibilities of leaders are not limited to protecting the wellbeing of people of the present generation, but more importantly we have to ensure that our future generations can continue to live a quality life. We must be more visionary and pay more attention to issues affecting the wellbeing of our future generations.

In this era, environment is a very critical issue.

I then cited an example where about two weeks ago, a heavy storm occurred at the upstream of Perting River. It caused a landslide and as a consequence the Bentong Phase 2 water treatment plant, which supplies drinking water to 50,000 residents, had to be temporarily shut down for 24 hours.

I asked them to imagine the consequences to our drinking water today if we had allowed greedy and selfish people to clear the forest upstream of Sg Perting.

I also informed them that another water treatment plant in Sg Gapoi which supplies drinking water to more than 50,000 residents is also under threat where thousands of acres of forests are being cleared at the moment.

At the same time, I have also received news that some highly polluting heavy industries are looking into setting foot in Bentong.

All this will jeopardize Bentong’s potential to move forward towards sustainable development.

As leaders, we must look beyond short term gains.

As leaders we must shoulder the responsibility to build up Bentong as a place where our children can come home to live and work and have the best quality of life.




Source

上周日,我受邀参与文冬客家会馆第五十届新理事就职仪式。 在我的演讲中,我向理事们指出,除了需要全心全意为自己的氏族或圈子服务之外,他们还必须伸出援手为整个社会…

上周日,我受邀参与文冬客家会馆第五十届新理事就职仪式。

在我的演讲中,我向理事们指出,除了需要全心全意为自己的氏族或圈子服务之外,他们还必须伸出援手为整个社会服务。

领袖们的责任不仅限于保护当代人的福祉,而且更重要的是,我们必须确保我们的下一代能够继续过上优质的生活。我们必须更加有远见,并更多地关注影响孩子们福祉的问题。

在这个时代,生态环境的破灭是一个非常严重的问题。

在演讲中,我举了一个例子。大约两周前,玻璃口河上游发生了一场土崩。它造成了山体滑坡。因此,为5万居民提供饮用水的Bentong Phase 2 自来水处理站不得不暂时关闭24小时。

我要他们想象一下,如果我们让贪婪和自私的人砍伐玻璃口河上游的森林,会对当地的饮用水造成什么样的影响。

我还告诉他们,在Sg. Gapoi的另一家自来水处理站(为5万多居民提供饮用水),也同样的面对大约数千英亩的森林被砍伐的命运。

同时,我也收到消息指,有一些高污染重工业要落脚文冬。

这一切都将威胁文冬社区朝着可持续发展方向发展的潜力。

作为领袖,我们必须把视野放的更远。

我们必须肩负守卫文冬的责任,使文冬成为我们的孩子们可以回家生活,工作并拥有最佳生活质量的地方。




Source