BM – 中文 – English
Saya masih ingat ketika saya kecil, ibu membawa saya ke bandar Karak. Kami tinggal di estet masa tu. Selepas urusan ibu selesai, kami pun ke stesen bas untuk tunggu bas pulang ke rumah. Saya ternampak sebuah gerai menjual roti. Saya mahu satu. Tetapi ibu saya memberitahu bahawa jika dia membelikan saya roti, maka wang kami tak cukup untuk tambang bas. Saya nangis teruk sepanjang perjalanan pulang. Kesian saya….
Jadi, apabila saya melihat seorang budak lelaki kurus semakin goyah ketika semua orang sibuk memilih pakaian seragam dan kasut semasa program “Kembali ke Sekolah” Jumaat yang lepas, maka teringatlah saya pada pengalaman “sedih” saya sendiri. Sekarang saya faham perasaan seorang ibu. Saya pasti ibu saya amat berharap beliau mampu membeli sebiji bun berharga 10 sen untuk anak kesayangannya.
Oleh itu, tanpa teragak-agak, saya menawarkan untuk membelanja kesemua kanak-kanak dan ibu bapa mereka untuk makan tengah hari sebelum mereka pulang ke rumah. Melihat senyuman lebar yang terukir di bibir budak kecil kurus tersebut, selepas kenyang perut dan segelas Milo Ais, adalah hadiah yang sungguh bermakna buat saya.
我小的时候是居住在一个靠近加叻镇的一个园丘,我还记得有一次,我妈妈带我到加叻镇办事,回家时,我们在巴士车站看到一个卖面包的摊位。我当时想要一个,我向妈妈恳求、我呜咽,但妈妈告诉我,如果她买了一个面包,那么我们就没有足够的钱买车票了。我就这样嘟着嘴望着美味的面包,伤心的回家,可怜的我…..
在上个星期五,我帶领一批园丘的家庭到加叻镇里為孩子们 “回到校园” 作好准备,当我看到一位体膄的小男孩抱着母亲哭泣时,即刻抅回我兒时的 “悲伤” 经历。此刻,我已是一个成年人,我深深的体会到,我妈妈当时是多么的希望她能买得起那10仙的面包。
因此,在购买回校的用品后,我毫不犹豫地邀请所有的孩子和他们的父母一起享用一顿简单的午餐。那个瘦小的小男孩,当他的肚子吃得飽飽,再享用一杯美碌冰后,他滿足的微笑了。
这样的情景,让我心中感觉温馨与快乐。
I remember when I was a kid, my mom took me out to Karak town. We Iived in a rural estate then. After getting our errands done, we waited at the bus stop for a bus to go home. I saw a stall selling buns. I wanted one. I begged and I whined. But my mom told me that if she buys me a bun, then we’ll not have enough money for the bus fare. I cried all the way home. Poor me…..
So, when I saw a thin little boy getting cranky when everyone was busy selecting uniforms and shoes during the “Back to School” program last Friday, it immediately reminded of my own little “sad” experience. And, now that I’m a grown up, I also understand how much my mom must have wished she could afford to buy me that 10 cent bun.
Thus, without hesitation, I offered to buy all the children and their parents a simple lunch before they go home. The thin little boy, with tummy full and a glass of Milo ice, was all smiles after that. Made me feel so good.
– Wong Tack 黄德